Header Ads

Maintenance :: Mari kita berkebun

Agak lama kerja-kerja penyelenggaraan taman orkid Maza tidak dilaksanakan dan terakhir ialah sebelum ramadhan. Sekarang terpaksa dilakukan memandangkan semak yang semakin "meriah" dan pokok-pokok orkid yang tidak sihat memandangkan musim hujan sekarang.

Pondok orkid ni pun masih dalam pembinaan. Masih menunggu keputusan kabinet bagi meluluskan belanjawan...hehehe.

Maza hanya mampu berjaya menyiapkan laman hadapan dan yang dibelakang hanya menunggu keizinan dari cuaca yang sentiasa hujan sekarang.

Gambar ceologyne diatas merupakan spesis yang pemalu.Sudah berada dilaman kira-kira 4 tahun dan masih tidak mengeluarkan bunga. Dari 3 ubi hingga penuh kayu dan tambah 1 pasu lagi. Semua cara dan baja telah digunakan namun masih belum mengeluarkan hasil.

Gambar diatas ini pulak menceritakan betapa bertuahnya Maza kerana anak catasetum ini boleh hidup ditempat/ikatan bulbo yang dibeli tahun lepas. Masa mula memiliki bulbo ini tiada pulak tanda-tanda ada anak pokok disitu. Bulbo ini pulak kehilangan ID dan Maza pun lupa apa ID nya terpaksalah menunggu ianya berbunga.

Antara penyakit yang dikesan akibat perubahan cuaca sekarang. Yang lain seperti ubi reput dan busuk pun banyak.

No comments

Maza Orchids. Powered by Blogger.