Header Ads

Bulbophyllum lobbii

Cerita mengenai bulbo ini sedikit merumitkan bagi Maza untuk mengenal pasti asal usul bulbo ini kerana ubi-ubi bulbo ini telah bercampur dengan ubi bulbo yang lain.

Ianya bermula setelah Maza siap mengemaskini laman orkid yang tidak seberapa...kira-kiranya kerja maintenance untuk memastikan keadaan pokok orkid yang sihat. Mana-mana ubi orkid atau keratan yang telah dipotong di tempatkan dalam satu bakul. Niat untuk mengasingkan dan melebel terbantut kerana cuaca sekarang yang sentiasa hujan.

Maza sedikit pun tidak menjangkakan yang begitu cepat ubi ini akan mengeluarkan bunga...jangkaan akan keluar tunas baru rupanya bunga dulu yang keluar. Syukur.....apa-apa pun.


No comments

Maza Orchids. Powered by Blogger.