Header Ads

Dendrobium faciferum





Setelah menerima nasihat dan tunjuk ajar daripada sifu Jalil, akhir nya dendrobium ini mula berbunga setelah hampir 2 tahun berada dihalaman Maza. Spesis ini diperolehi daripada seorang sahabat daripada Filipina dan merujuk kepada beliau ini adalah daripada negara tersebut. Petua daripada sifu Jalil yang menyarankan agar spesis ini dibiarkan ataupun menerima cahaya matahari pada waktu petang ternyata berhasil. (Terima kasih kepada Sifu Jalil diatas nasihat dan panduan yang diberikan).

Semenjak spesis ini mula menerima cahaya matahari pada waktu petang, ianya telah 2 kali mengeluarkan bunga dalam masa 3 bulan. Walaupun Maza tidak berkesempatan melihat ianya kembang sepenuhnya tetapi hati Maza tetap berpuasa hati memandangkan spesis ini telah mula mengeluarkan bunga.

Sebelum ini, Maza meletakkan spesis ini dibawah payungan dimana 80 peratus redup dan hanya menerima cahaya matahari diwaktu pagi.
Info lain berkenaan spesis ini ialah:
  • Sinonim dengan Ceraia facifera.
  • Tempat asal yang dijumpai Kepulauan Sunda ( Nusa Tenggara), Kepualauan Maluku dan Sulawesi.

No comments

Maza Orchids. Powered by Blogger.