Header Ads

The Duck Orchid

Caleana major ataupun duck orchid.

Satu email diterima yang amat menarik perhatian Maza bertajuk "Australia's rare Flying Duck Orchid". Email ini dikirim oleh kakak Maza yang amat perihatin dengan minat dan  hobi adiknya. Terima Kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi ilmu dan information.
Melihat akan tajuknya sudah terbayang rupa orkid yang dimaksudkan dan lebih teruja apabila melihat image yang dilampirkan,begitu menarik dan menakjubkan.


Setelah melihat akan image tersebut barulah Maza mengerti dan memahami mengapa orkid spesis ini dipanggil dengan nama demikian.
Mungkinkah juga terdapat spesis-spesis orkid yang unik ditempat kita (Malaysia) dan menunggu masa dan ketika untuk didedahkan atau diterokai. Alangkah ruginya kita jika pembangunan dijalankan tanpa mengambil kira unsur-unsur pemuliharan khazanah rimba kita ini dan tidak dijaga dengan sebaik-baiknya. Sempatkah kita menemukan sesuatu yang unik ditempat kita. Sesungguhnya khazanah rimba adalah khazanah alamsemulajadi yang perlu dijaga dan dinikmati bersama.

Dinamakan oleh George Caley dan orkid ini ditemui diAustralia.
Info details dan gambar dibawah dipetik dari laman web Friends of Lane Cove National Park.
KLIK untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Sumber alternative:
wikipedia
orchidspecies



No comments

Maza Orchids. Powered by Blogger.