Header Ads

Coelogyne septemcostata


Juga dikenali dengan “The Seven Ribbed Coelogyne”.
Orkid spesis dari Thailand, Malaysia, Sumatera dan juga Borneo ini adalah dari jenis hutan tanah rendah “lowland forest”  dengan faktor ini memudahkan para peminat orkid spesis untuk memelihara kerana tidak terlalu sukar untuk menyesuaikan dengan keadaan persekitaran yang tidak begitu ketara dengan habitat asal.

Rekod peribadi MAZA berbunga pada bulan April – Mei.  Bunga akan muncul ketika daun baru akan tumbuh/muncul setelah ubi-ubi lain keguguran daun. Memerlukan cahaya matahari yang tidak begitu terik atau cukup sekadar 50% sinaran matahari. Maza menggunakan bakul yang diisi dengan campuran sabut,bata,arang dan juga spagnum moss sebagai medium bagi memelihara spesis ini. Setakat ini hanya sekuntum bunga yang berjaya dilihat berbunga dan mungkin spesis ini hanya berbunga sekuntum sahaja.

 







No comments

Maza Orchids. Powered by Blogger.