Header Ads

MAZA

Bermulanya hobi mengumpul orkid pada tahun 2007 setelah tertarik dengan keunikan bunga (orkid) yang ketika itu kembang mekar dirumah ayahanda dan bonda dikampung.

Seterusnya Maza mula mencari dan membeli orkid yang pada ketika itu Maza tidak pernah terfikir akan status ( hybrid atau spesis) orkid yang dibeli begitu juga akan nama (ID) orkid tersebut.

Setelah beberapa kali ditanya tentang orkid yang dibeli maka timbul perasaan ingin mengetahui nama dan jenis orkid tersebut.Ketika itu hanya orkid hybrid sahaja yang menjadi pilihan kerana hanya itu sahaja yang dikenali dan mudah didapati.

Bermula dari situ, Maza mula melayari internet untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang orkid.Kagum dengan info-info yang dipaparkan dan mula menyedari akan keunikan serta kehebatan orkid sehinggakan "orang luar" sanggup datang kesini untuk membuat kajian.

Maka bermula cabaran baru bagi Maza untuk mengumpul orkid spesis untuk dibuat koleksi.


Maza Orchids. Powered by Blogger.