Kembali....

Salam Semua,

Selamat Hari Pekerja...lama sungguh laman ini tidak dikemaskini dan alasan yang paling sesuai sekali ialah tahap kemalasan yang melampaui kemalasan biasa huhu.

Tambahan sekarang geng-geng orkid lebih ramai menggunakan medium "bukumuka" sebagai pilihan utama untuk berbincang dan juga berkongsi pengalaman berbanding medium ini.

Menantikan aktiviti okid dimasa terdekat...FLORIA?

...........SekianG......


Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Selamat Tahun Baru Cina

Salam semua para pembaca,

Agak lama Maza tidak mengemaskini lama blog ini. Banyak gambar okid yang sedang menunggu untuk dipaparkan disini yang mana dalam masa Maza menyepi dilaman ini bukan main rancak lagi orkid-orkid Maza berbunga.

Banyak activity orkid yang Maza terlepas penghujung tahun lalu begitu juga permulaan tahun baru ini.

Laman dirumah pun sudah bersepah dan banyak pokok yang perlu di re-pot. Ada yang sudah tercemar dengan jangkitan penyakit akibat musim hujan dan panas sekarang ni.

Mungkin pada cuti tahun baru cina ini,Maza berkesempatan untuk membersih,membaja,meracun dan meng re-pot pokok pokok orkid Maza.
 
"Banyak nye kerja..sempat ke ni?"

Jadi,buatlah kerja-kerja itu secara berkala bagi yang berkesempatan.


Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Phaius tankervilliae



Sudah lama Maza menunggu pokok ini berbunga setelah banyak kali cubaan berbunga gagal akibat serangan makhluk perosak dan kelalain Maza yang mengakibatkan tunas bunga patah. Tetapi kali ini berjaya...:) Induk Phaius ini masih belum mengeluarkan bunga walau sekali pun hanya anak tunggal ini sahaja yang mampu mengeluarkan bunga.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Coelogyne verrucosa


Bulan ni banyak pulak orkid dari Borneo yang berbunga...agak-agaknya dah memang masa atau musim dia berbunga. Coelogyne ni pun bukan main meriah lagi berbunga...tak pernah-pernah keluar sampai 3 spike kali ni belum sempat lagi 2 spike kembang kuar pulak spike baru.Syukurrrr....
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Dendrobium sarawakense






Pertama kali berbunga bersama Maza dan serumpun bunganya membuatkan hati terasa tenang dan pastinya juga berasa gembira. Agak lama pokok ini bersama Maza dan mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaraan rumah Maza. Musim hujan sekarang ( December) juga membantu proses pembungaan pokok ini. Untuk berbunga pokok ini memerlukan 50% sinaran cahaya matahari pada waktu pagi dan redup sepanjang masa.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Akan berbunga....

Rentetan daripada kerja-kerja penyelenggaraan...tak perasan ada tunas bunga yang baru berputik.

Phaius tankervilliae
Bubophyllum NoID
Bulbophyllum cornutum
Bulbophyllum blumei
Liparis lacerata
Dendrobium cymboglossum

Phalaenopsis Purple Gem

Aerides odorata


Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Maintenance :: Mari kita berkebun

Agak lama kerja-kerja penyelenggaraan taman orkid Maza tidak dilaksanakan dan terakhir ialah sebelum ramadhan. Sekarang terpaksa dilakukan memandangkan semak yang semakin "meriah" dan pokok-pokok orkid yang tidak sihat memandangkan musim hujan sekarang.

Pondok orkid ni pun masih dalam pembinaan. Masih menunggu keputusan kabinet bagi meluluskan belanjawan...hehehe.

Maza hanya mampu berjaya menyiapkan laman hadapan dan yang dibelakang hanya menunggu keizinan dari cuaca yang sentiasa hujan sekarang.

Gambar ceologyne diatas merupakan spesis yang pemalu.Sudah berada dilaman kira-kira 4 tahun dan masih tidak mengeluarkan bunga. Dari 3 ubi hingga penuh kayu dan tambah 1 pasu lagi. Semua cara dan baja telah digunakan namun masih belum mengeluarkan hasil.

Gambar diatas ini pulak menceritakan betapa bertuahnya Maza kerana anak catasetum ini boleh hidup ditempat/ikatan bulbo yang dibeli tahun lepas. Masa mula memiliki bulbo ini tiada pulak tanda-tanda ada anak pokok disitu. Bulbo ini pulak kehilangan ID dan Maza pun lupa apa ID nya terpaksalah menunggu ianya berbunga.

Antara penyakit yang dikesan akibat perubahan cuaca sekarang. Yang lain seperti ubi reput dan busuk pun banyak.

Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Bulbophyllum mandibulare

Bulbophyllum mandibulare ini dari Sabah.Agak mengambil masa untuk ianya berbunga setelah hampir setahun baru mampu mengeluarkan bunga. Mungkin kerana musim hujan sekarang membantu proses pembungaan dikawasan rumah Maza. Suhu pagi dipersekitaraan umah yang serendah 20 darjah celcius dan 29 darjah celcius pada waktu tengah hari memungkinkan lagi untuk bulbo ini senang untuk berbunga pada kali ini.

pokok




Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ceologyne mayeriana

Ceologyne ini amat mengelirukan Maza...sama ada ianya pandurata ataupun mayeriana.

Kenkawan lebih mengatakan ianya adalah mayeriana ... tetapi apabila melihat kepada ubi nya adalah mirip kepada pandurata cuma agak berisi (gemuk) berbanding ubi pandurata.

Sementara waktu ni, Maza melabelkan ia sebagai mayeriana.




Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Bulbophyllum lobbii

Cerita mengenai bulbo ini sedikit merumitkan bagi Maza untuk mengenal pasti asal usul bulbo ini kerana ubi-ubi bulbo ini telah bercampur dengan ubi bulbo yang lain.

Ianya bermula setelah Maza siap mengemaskini laman orkid yang tidak seberapa...kira-kiranya kerja maintenance untuk memastikan keadaan pokok orkid yang sihat. Mana-mana ubi orkid atau keratan yang telah dipotong di tempatkan dalam satu bakul. Niat untuk mengasingkan dan melebel terbantut kerana cuaca sekarang yang sentiasa hujan.

Maza sedikit pun tidak menjangkakan yang begitu cepat ubi ini akan mengeluarkan bunga...jangkaan akan keluar tunas baru rupanya bunga dulu yang keluar. Syukur.....apa-apa pun.


Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Penghuni Baru di Kampung


Pokok pertama:


Pokok ke-2 :

Pokok ke-3:


Pokok ke -4:



Pokok ke -5 :



Kelima-lima pokok diatas dibawa pulang dari Shah Alam untuk dibiakkan di kampung memandangkan suasana persekitaran yang lebih sesuai untuk pokok-pokok orkid ini.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati